|
Walaupun saya agak 'kurang' dengan kisah hubungan mereka tetapi saya tetap mendoakan semoga mereka akan berbahagia. Ye lah, masjid dah terbina, takkan kita nak doakan runtuh pulakkan. Saya harap pernikahan mereka akan membawa kebaikan kepada kedua-dua belah pihak. Cuma lepas ini mintak2 kurangkan lah sikit publisiti dan PC tu. Ada hati yang perlu dijaga. Ada perasaan yang perlu dihormati. Even self-respect juga. Selepas berkahwin ni barulah boleh claim kenal luar dalam. Dah duduk sebumbung nanti barulah tahu true colors masing-masing. Ada yang gosok gigi tinggal berus gigi merata. Ada yang buka kain pelekat tinggal bergulung atas lantai. Ada yang seluar dalam pakai berhari2 kalau tak ada orang tolong kutipkan. Ada yang berdengkur. Ada yang malam2 mengigau sampai gigit orang. (jangan salah anggap tidak semua berkenaan dengan suami saya!). Apa-apa hal toleransi. Bagi saya dan suami yang bergaji sederhana, it is more than just tolong-menolong kerja di rumah dan juga tanggungjawab menjaga anak-anak, malahan duit gaji juga harus dikongsi. Bagi isteri yang bukan 100% taat (heh heh) itulah antara ruang untuk saya score extra marks. Namun begitu suami saya tetap berhajat suatu hari nanti saya meninggalkan bidang kerja 9-to-5 dan menjadi surirumah sepenuh masa. Bagi pasangan yang bernikah semalam tu, rasanya soal wang ringgit bukanlah satu isu kepada mereka. Tapi harus ingat wang bukanlah segala-galanya. Nak kata pernikahan mereka didasarkan wang ringgit masing-masing kaya raya. Pengalaman? Hemmm . Saya pula bagaimana? Kenapa saya bersetuju apabila dia menyatakan hajat ingin memperisterikan saya? Dia tak perfect tetapi dia bertepatan dengan cirri-ciri yang saya inginkan. Selebihnya - Biarlah rahsia! Dengarnya mereka juga akan berbulan madu tetapi masih belum tahu di mana. Mungkin perancangan dah dibuat cuma dirahsiakan saja. Nanti berduyun2 pulak pihak media mengikut sama. Sebagai pasangan yang baru bernikah, memang mereka mengharapkan privasi. Tambahan pula dengan segala kontroversi dan isu-isu yang diperdebatkan hingga ke saat akhir mereka hampir bergelar suami-isteri. Saya? Setelah hampir mencecah 6 tahun terikat sebagai suami isteri dan setelah hidup kami diceriakan dengan 2 orang buah hati pengarang jantung masih belum sekalipun berbulan madu! Sekali lagi Selamat Pengantin Baru (walaupun ucapan ini mungkin tidak sampai kepada mereka pun!). Pesan saya, sebagai seorang yang telah melayari hidup berumahtangga hampir 6 tahun (yang saya rasakan masih dalam kategori amatur) it takes more than chocolate coated strawberries to keep a marriage happy. True, little thing like that does add spark but we need more than just spark to see things right. |
| ummi August 23, 2006 02:55 PM PDT syikin - thanks for the answer. dah tengok dah. mcatz - ops.. tercicir pulak bab komunikasi tu. | ||
| mcatz August 23, 2006 02:15 PM PDT sokong 100%...mmg lepas kahwin ni nampak segala-galanya. but yang penting terletak pada pasangan (mcm Ummi dah ckp dlm entry tu). And lagi satu communication pun penting gak..jgn dok pendam, makan hati je..bahaya!! bab coklat salut strawberry tu paling tak tahan tu...;). | ||
| syikin August 23, 2006 01:18 PM PDT saya setuju betul ngan entri ummi ni. ya..dah kawin baru tau true color masing2kan? yg penting, keimanan, toleransi, sabar dll. heeh...betul tu, bukan coklat bersalut strawberi semata utk menjaga kerukunan rumahtangga..hari2 makan jemu jugak kan.. betul, kita doakan mereka bahagia dunia akhirat. mcm kita juga, kita nak org doakan kita bahagia dunia akhirat. ummi..saya dah jawab soalan ummi kat blog saya, tak larat nak jwb kat sini lagi sbb panjang lebor..heheh. | ||
| ummi August 22, 2006 05:33 PM PDT dee-selatan - kita dok tengok gamba2 hantaran. ada yang cantik, ada yang ok-ok aje. mardhiah12 - kita doakan saja mereka diberi yang terbaik. dah terdiri masjid, semoga dikurniakan keturunan yang baik-baik. | ||
| mardhiah12 August 22, 2006 05:12 PM PDT akak, semua pun dah selamat. kita doakan kebahagiaan dia kan..pst, jgn kutuk lebih2 plak, nanti kena btg hidung sendiri | ||
| NameDee-Selatan August 22, 2006 02:27 PM PDT walau ape pun yg berlaku di sebalik...jangan sampai kite mendoakan keruntuhan rumahtangga dia.....tak baikkan... CT bukan aje dpt tambah harta UMMI, tapi pahala....sebab banyak beno org ngumpat dia.... Akak suke part baju ape dia pakai,tetamu pakai...cuci mata... | ||
| NameDee-Selatan August 22, 2006 02:27 PM PDT walau ape pun yg berlaku di sebalik...jangan sampai kite mendoakan keruntuhan rumahtangga dia.....tak baikkan... CT bukan aje dpt tambah harta UMMI, tapi pahala....sebab banyak beno org ngumpat dia.... Akak suke part baju ape dia pakai,tetamu pakai...cuci mata... | ||
| Leave a Comment: |