|
Kapalterbang meninggalkan Seoul kira-kira 11.35a.m (local time). Kami tiba di Kota Kinabalu kira-kira 3.15p.m. Transit kira-kira 40 minit – sekadar cukup untuk singgah solat dan membeli sotong dan lobster kering. Ada juga yang sempat membeli udang beku. Selepas kira-kira 2-1/2 jam, kami tiba di KLIA. Bersalaman dan kemudian balik ke rumah masing-masing. Kalau dulu perjalanan dimulakan dengan ERL dan 2 beg, perjalanan diakhiri dengan teksi sebab beg masing-masing dah beranak pinak! Ada yang beranak kembar pulak tu! Beg kami sekadar bertambah satu (2 beg asal semakin gemuk dan gebu!). Alhamdulillah semua lepas sebab kami buat group check-in dan ada juga yang bawak barang balik sikit saja. Beg kami belumpun di unpack sepenuhnya. Sekadar pagi tadi dibuka sebab cik abang tu insist nak pakai tie cekelat dia. Oh ya, di Seoul, neck-tie murah-murah. Sekitar RM6 dah boleh dapat neck tie yang hebat. Mungkin sebab neck-tie ni all walks of life pakai, dari para eksekutif in their suits sampailah ke atok-atok yang hendak ke kenduri kawin sehinggalah ke pemandu bas. Dan hari ini ummi dah mula bertugas semula. Cuti kena jaga-jaga sebab yang tinggal cukup-cukup bajet untuk raya nanti. Kalau budak-budak sakit (nauzubillah), nampak gayanya abahlah yang kena cuti menjaga. Masa di Korea, setiap hari kena call kampung bertanya khabar. Iman dengarnya semacam tak perasan pun dia ditinggalkan. Abis sereban ayam dikejarnya. Pagi-pagi atok bawak dia jalan-jalan, kalau tak dikawal, mau sekampung dia round! TV dia yang punya selagi dia tak lelap. Atok jadi guardian siang hari sebelum mokkucu balik keje dan take over sebelah malam. Dengar ceritanya pukul 8.00 malam atok dah tutup semua lampu sebab nak suruh cucu-cucu tido. Atok dah tak larat kena torture dengan budak2 tu, especially Iman. Semalam pun dia terjun dalam lopak air dan buat projek susun pinggan. Si kakak agak terasa ketiadaan kami. Ye lah, dia pun dah besar. Mokkucu kata kadang2 airmata dia mengalir je time nak tidur. Tapi jangan ditanya kenapa, nanti pecah empangan tu. Rasanya dia teringatkan abahnya, hatta beberapa malam sebelum kami tinggalkan dia di kampung, dia insist nak tidur dengan abahnya. Sekarang dia tak sabar nak jumpa kami. Apatah lagi ada ole-ole rantai berbatu dan berberlian olok2. Satunya merah jambu, satu lagi biru. Memang seronok membeli untuk anak dara sebab berbagai pilihan ada. Untuk sang puteri kami tu, blaus bertali warna ungu, cekak rambut ala-ala crown, sepit rambut bunga kecik2 hijau dan pink, sepit rambut butterfly berbatu dan juga crayon yang boleh diadjust matanya. Untuk Iman pula sekadar t-shirt merah bergambar naga dan juga sepasang t-shirt, seluar dan vest untuk hari raya nanti. Untuk umminya pula, satu senarai panjang! Hari Jumaat nanti kami akan balik kampung untuk menjemput anak-anak. Kebetulan ada kenduri menyambut menantu sepupu ummi. Dah tentu kami adik beradik akan berkumpul – bolehlah distribute buah tangan. Semalam call kampung sebaik tiba, orang kampung merayu balik nanti sekadar tengok anak-anak dan berkenduri saja. Atok takmau cucu-cucunya diambil semula! |
| ummi September 13, 2006 05:36 PM PDT mcatz - tu tak pegi ke area ala2 romantika winter sonata tu. overall, oklah jugak gi sana. an eye opener to me, betapa diorang tu dulu susah sampai mati tak makan and yet look at them now. limaunipis - uhuk uhuk. sometimes ternampak2 si kerinting menari2 atau terdengar2 suara si kakak bercerita. being parents is a lifelong commitment - walaupun tak nampak kat mata, sokmo terbayang-bayang. cepatlah jumaat!! | ||
| limau nipis September 13, 2006 05:18 PM PDT alahi, sure rindu.. hari jumaat baru leh jumpe imaan n kakak.. sedihnya | ||
| mcatz September 13, 2006 03:06 PM PDT wah...seronok dgr crite k tie. rasa mcm nak pi sana. tok nenek mmg camtu, tp si cucu-cucu ni kuat buli derang, mcm my parents, slalu kena 'pow' dgn my nephews.. | ||
| ummi September 12, 2006 02:38 PM PDT anjer - tulah pasal. time nak ngantor macam tak rela, bila nak amik balik, semua kena sindrom monyok! | ||
| anjer September 12, 2006 02:36 PM PDT hehehe....bestnya..kite teringin nak gi,insyaAllah kalau ada rezeki. sedih kan,bila anak2 takde bersama..terasa lost sgt. atok nenek mmg suka jaga cucu walaupun dulu kata taknak.:-D. | ||
| ummi September 12, 2006 12:17 PM PDT dee selatan - sib baik belum ada ayam yang mati kena picit. abis semua semak samuk diredahnya. kalau ditanya siapa nama, dah tau menjawab - dia kata 'imai'. seronok? masa kat korea oklah, bila dah kat KL ni rasa cam sedih pulak anak2 takde kat rumah. | ||
| NameDee-Selatan September 12, 2006 12:09 PM PDT Si omaknye seronok iman pun seronok gak eeh kejar ayam.... Balik nanti mesti dia tanya...yam...yam....cute... emmm geram... | ||
| ummi September 12, 2006 10:37 AM PDT jem - pinjam kejap-kejap takpe :) jumaat ni nak menjemput diorang semula. semalam kakak dah menangis suruh jemput dia. sebak rasanya. btw - kalau tak dek sebab menumpang org berseminar, tak pegi rasanya.. hatta hampir segalanya mahal + susah nak cari muslim food. nak ke jepun? hemmm.... tokyo & osaka kan mendahului carta bandaraya termahal di dunia... syikin - salam to you too. alhamdulillah selamat pergi dan balik. nanti kalau keadaaan mengizinkan akan saya kongsi semua gambar2 sewaktu disana. | ||
| syikin September 12, 2006 09:58 AM PDT salam, ohhh..dia pergi seoul rupanya. :D harap2 boleh kongsi gambar2 lain lagi. | ||
| jem September 11, 2006 08:30 PM PDT salam kak ummi.. lama x jengok sini.. itu la atok ngan cucu..penat camne pun tetap nak cucu tinggal ngan dia..mak saya pun dok mintak nak jaga cucu-cucu dia nih.. | ||
| Leave a Comment: |